Sabtu, 25 Februari 2017

Manaqib Al-Allamah Al-A’rif Billah Al-Quthub Al Habib Ali bin Ja’afar bin Ahmad Al Aydrus Batu Pahat Malaysia



Manaqib Al-Allamah Al-A’rif Billah Al-Quthub Al Habib Ali bin Ja’afar bin Ahmad Al Aydrus Batu Pahat Malaysia.
Nasab beliau.
Beliau adalah salah satu kekasih Allah yang memiliki banyak keutamaan dan kedudukan tinggi di sisi Allah swt.
Nasab beliau selengkapnya adalah Al Habib Ali bin Ja'far bin Ahmad bin Abdul Qadir bin Salim bin Alawi bin Abdullah bin Alawi bin Abdullah bin Alawi bin Ahmad bin Alawi bin Abi Bakar bin Umar bin Abdullah bin Alawi bin Abdullah Al Aydrus bin Abi Bakar bin Abdurrahman As Seggaf bin Muhammad Maulad Dawilah bin Ali bin Alawi bin Al Faqih al Muqaddam Muhammad bin Ali bin Muhammad Shahib Mirbath bin Ali Khali' Qasam bin Alawi bin Muhammad bin Alawi bin Ubaidillah bin Ahmad Al Muhajir bin Isa bin Muhammad bin Ali Al 'Uraidhi bin Ja'far Shadiq bin Muhammad al Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Husain putra Sayyiduna Ali Karramallah Wajhah dan Sayyidatuna Fathimah Az Zahra' putri Rasulullah, Muhammad Al Mushtafa saw.
Kelahiran dan perkembangan beliau.
Beliau dilahirkan di Kota Purwakarta, Jawa Barat, Indonesia pada tahun 1916M. Sejak kecil beliau telah hidup di lingkungan keluarga yang penuh dengan ketaqwaan dan kesolehan, dan dari situlah berawal nur wilayah beliau dan terus memancar.
Pada mulanya beliau belajar ilmu agama pada ayahnya Al Imam Al Arifbillah Al Habib Ja'far bin Ahmad Al Aydrus. Tidak hanya ilmu yang dipelajarinya tetapi pendidikan etika dan adab dalam kehidupan ini beliau juga dapatkan dari sang ayah yang merupakan warisan dari keluarga dan leluhurnya.
Sifat dan perwatakan beliau.
Al Habib Ali bin Ja'far Al Aydrus berkulit putih dan bertubuh sedang. Beliau memiliki sifat 'iffah (menjaga diri dari hal-hal yang tidak baik) dan kebersihan hati. Sikap zuhud terhadap dunia adalah hiasan terindah dalam kesehariannya. Begitu pula sifatnya yang teramat wara'. Beliau terkenal pula dengan istiqamahnya dalam beribadah kepada Allah.
Pada dirinya terpancar sifat kesucian dan ketaqwaan, manis ketika berbicara, lemah lembut tutur kata dan perangainya.
Pindahnya Beliau ke Batu Pahat, Johor, Malaysia.
Ketika ayah beliau Al Imam Al Habib Ja'far bin Ahmad Al Aydrus hendak kembali ke Hadramaut, beliau membawa putera-puteranya; Muhammad, Salim dan Ali yang ketika itu berusia 8 tahun. Kemudian mereka singgah sementara waktu di Singapura, kemudian Johor dan Batu Pahat. Setibanya di Batu Pahat, Al Habib Ja'far meninggalkan puteranya Al Habib Ali di sana, kerana beliau mengetahui bahawa sang putera akan mendapatkan tempat yang mulia di sana dan terpancar pada dirinya keluhuran yang besar. Sementara dua saudara Al Habib Ali, iaitu Muhammad dan Salim dibawa sang ayah ke Hadramaut.
(oleh Al Ustaz Al Habib Sholeh bin Ahmad bin Salim Al Aydrus Malang, Jawa Timur 1433H)
Ilmu..Amal..Wara'..Khauf..Ikhlas
# Ilahi, Engkau jualah tujuan kami. Keredhaan Engkau jua yang kami cari. #
Allahumma shalli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi washahbihi wasallim

SUMBER :

Tidak ada komentar:

Posting Komentar